Monday, December 15, 2008

Happy 23th Anniversary!!

Adik2 ku cover cun sementara menunggu habuan..haha
Cam model ubat gigi
Pura2 senyum je ni , dh 3 hari tunggu makanan x smpai2!


Yeah! ulang tahun perkahwinan ibu bapa ku..haha , mmg best..mkn rmai2 kt kdai cap BERJENAMA , sembang mcm2..kutuk sana , kutuk sini..hehe , tp yg menyampah..kedai ni , ampeh..service cam x service je , tunggu makanan smpai 40minit! tunggu makanan smpai amik masa 40 minit , tp nk abiskan makanan tu , 5 minit je! haha..baru ingat nk angkat kaki..gi cari kedai lain sbb adik2 aku dh menunjukkan muka lapar yg amat , makanan plak bru sampai..TERPAKSA la abiskn , heh..hari hujan plak , x sempat nk menunjukkan bakat masing2 dlm acara karaoke..heh , x pe..masa masih pnjang insyaallah , Red Box pn x lari..ada masa , kita karaoke ramai2!

Sunday, December 14, 2008

Kisah Mengarut 4 Musim


Cerita Lawak 80PL
Amaran:cerita ini mengandungi unsur unsur ganas,kalium,santan,aksi menggigit pusat & kerongkong,adegan mandi di longkang.dilarang tonton tanpa bimbingan ibu bapa berakhlak tinggi.budak dibawah 18 tahun harus meminta kebenaran ketua kampung dulu.

Kisah Mengarut Musim Pertama

Pada suatu malam yang sunyi,,aku berjalan di tanah perkuburan.tiba-tiba aku ternampak satu lembaga hitam dibawah sinar bulan mengambang.bulu hidung aku meremang.dengan tampannya aku menuju ke arah itu.tiba tiba ada benda lembik jatuh atas kepala aku.

aku menjerit dengan kuatnya.tanpa kesangkaan aku dan korang,aku terpeluk lembaga tadi.lembaga itu memandang aku tepat dimataku.aku tergamam.muka orang sungguh menakutkan.tahi lalat di bulu matanya,hingus berleluasa di hidung dan mulutnya. rambutnya tidak terurus disebelah kanan.tapi tersikat rapi di kiri.aku pasti!aku pasti dia adalah seorang syaitan yang dikatakan orang kampung selama ini berkeliaran di perkuburan setiap malam sabtu pukul sebelas malam.aku sengaja jatuh menjelepokkan diri ke tanah untuk membuktikan aku segan dan takut.dia mendekati aku.aku pun mendekati dia.akhirnya di berkata :`lipan awak sihat?`.rupa rupanya dia bekas ketua kampung aku.aku melempang dia sepenuh perasaan dan tenaga.dia mengerti.kemudian dia cerita apasal dia ada kat situ.rupanya dia melawat kubur lipan kesayangannya yang mati dibunuh komunis semasa sedang bermain layang layang.suhu mula turun hingga 8darjah celcius.`kau buat apa sekarang?`kata dia lagi.`takde apa nak di buat.`jawab aku.`syabas,apa kite ternak lipan dan jagung sama sama,nak?`aku jawab`taknak la,pasaran lipan sekarang jatuh teruk,lagipun sekarang penyakit kaki tangan dan mulut dah merebak,harga udang dan kicap dah melambung tinggi,...`.dia merajuk dan menangis teresak esak.aku pun tinggal kan dia keseorangan diri di situ melayan jiwa yang pasrah .akhirnya dia mati di situ kerana kehilangan air yang banyak dalam badan sebab menangis melebih lebih.aku pulang ke rumah.dah lebih lapan jam jalan aku tak sampai lagi..kerupaannya aku telah tersesat.aku tanya orang ,,tapi ..diorang cakap bahasa ibanis(bangsa kacukan iban dan russia di sepadan russia)akhirnya aku terpaksa menjadi pengemis untuk menyara hidup.


Kisah Mengarut Musim Kedua

Jam menunjukkan pukul lapan pagi.habisss..aku terlambat ke sekolah.aku terus masuk kebilik air.aku gosok gigi dengan ganasnya.tiba tiba berus gigi itu terbenam di kerongkong.aku gelak kesakitan.tanpa mandi aku terus pakai baju sekolah dan turun untuk bersarapan.tapi sarapan dah habis dimakan oleh seorang cicak.aku memarahi mereka dengan bernafsu.cicak itu mula mengalirkan air mata dan berasa insaf.kami berpelukan selama beberapa minit.aku naik basikal ke sekolah.dengan kelajuan 150km/j,aku sampai ke sekolah jua.sememangnya aku terlambat.semua orang dah mula belajar.pagar pun dah kunci.jadi aku terpaksa panjat pagar sekolah.tiba tiba aku tersilap langkah lalu perut aku tertikam dipagar.tapi aku cepat cepat melangkah untuk masuk ke kelas.tanpa disedari,guru besar mengintip aku.aku masuk ke kelas.cikgu ramlah terus membelasah aku dengan penyapu dan meja.selepas itu aku duduk terus untuk belajar..hampeh ,aku lupa bawak beg sekolah.sekali lagi aku dibelasah.kali ni cigu ramlah dengan satu kelas belasah aku dengan riangnya.tangan aku putus,pusat aku patah riuk,gigi aku terkoyak sikit.melihat keadaan aku yang sadis,mereka meminta maaf dan mula melayan aku dengan baik.tiba tiba aku dipanggil guru besar.ini mesti pasal datang lambat.aku mula ke bilik guru besar di tingkat 8.baru selangkah aku masuk biliknya,dia terus mengikat aku dan menggigit kuku dan dahi aku.aku menjerit.dia pun menjerit juga.tiba tiba aku dapat kuasa khas.aku terlepas dari ikatan dan ikat dia balik.lepas tu aku campak dia ke bawah.dia telah mati akhirnya.mayatnya lepas itu dikerumuni dan dimakan cicak dan lipan.semua orang tengok kejadian itu dengan hati terbuka.aku yang masih geram terus balik ke rumah. dalam perjalanan tibatiba seorang lipan melempang tulang belakangku.apasal la pulak dia ni.aku yang tengah geram ni pun lantas menyerang lipan angkuh itu.dia mengkarate bulu mata aku.aku jerit kesakitan.dia gelak keriangan.aku dengan buasnya menggigit kerongkongnya.at last mati juga dia.kemudian dengan gayanya aku beredar.sampai juga ku ke rumah.aku terus mandi dan tidur sambil menanti hari esok.


Kisah Mengarut Musim Ketiga

Suhu pada pagi itu -8 k.aku terpaksa memakai baju sejuk 8 lapis.rumah aku sudah kelihatan macam peti sejuk la.air paip pun dah beku.dengan penuh marahnya aku terus keluar ke rumah untuk ke kedai salim membeli sayur dan rojak buah.sedang aku berjalan seorang makcik tua datang ke arah aku secara tiba tiba.aku mula rasa seram.tanpa berfikir panjang aku terus menendang kepala makcik tu sampai terkoyak leher dia.makcik tu terus lari ketakutan.aku terus bergegas ke kedai salim.sampai saja di sana aku terus membeli sayur dan rojak.tak pasal pasal pulak salim taknak jual kat aku.aku geram dan terus memberontak.aku mengikat salim kat tiang telefon .salim mula menjerit ketakutan dan menangis.aku dengan ganasnya melempang perut salim lapan kali.salim terus menangis namun aku tetap tabah melempang dan menggigit perutnya.pusat dan tulang belakangnya patah.aku terkejut.salim pun terkejut.pada masa itu raju kawan salim tiba disitu.raju pun terkejut juga melihat apa yang berlaku.lantas aku melarikan diri .setelah melepaskan salim dari ikatan, raju dan salim mengejar aku.aku lari ke tengah jalan.diorang pun nak ikut jugak.tiba tiba semua kereta berhenti dan mengejar aku,salim dan raju kerana mengganggu ketenteraman jalanraya.masalah makin besar,pihak berkuasa mula campur tangan.tak boleh tengok orang senang sikit,mereka menghantar FRU dan pasukan elite khas berserta kenderaan perang dan helikopter untuk mengejar kami.raju geram dan hilang akal lalu mencampakkan batu bertubi tubi ke arah helikopter yang kejar kami.tanpa kesedaran dia mencampak salim ke helikopter itu.helikopter itu meletup bersama salim.melihat letupan itu,semua orang berhanti mengejar kami kerana penat dan tahu kami sukar nak dikalahkan,..tapi aku dan raju masih meneruskan pergaduhan walaupun salim telah mati.setelah lapan jam bertarung kami penat,selepas itu raju dan aku pun bermaaf maafan.kami kemudiannya hidup gembira bersama sehingga keakhir hayat.


Kisah Mengarut Musim Keempat

Jam pukul lima petang,aku masih takde ape ape nak buat,kebosanan melampaui tahap maksima.jiwa aku mula memberonatakaku keluar rumah untuk lepaskan tekanan dalaman.

aku bersiar di taman.gile punye boring.takde sorang pun kat situ hanya sorang dua anjing yang bermain buaian.benci aku lihat mereka,bermain main manja dengan manja di buaian itu. aku geram dan terus mencetuskan konspirasi.anjing itu menggigit tulang belakang aku dan mematahkan pusat aku. tapi aku masih gagah,mereka geram dan terus menyerang aku dengan riang liar.

aku dengan kebuasan sejati terus lantas mencekik kerongkong mereka dan menghantukkan kepale diorang kat tiang buai 8 kali.kepale diorang retak dan pecah, otak diorang pun tumpah ke tanah.anjing anjing itu terkejut.aku pun terkejut.diorang berdiri ketakutan.aku pun begitu juga.aku ape lagi,lari terus.melihatkan aku lari diorang pun nak ikut jugak.aku marah dan suruh mereka buat bende lain.mereka bersetuju dan membuat keputusan untuk menyorok di dalam tong sampah.mereka menyorok dengan penuh ketakutan.aku terus berlari melintas jalan raya besar.

sejenak aku pandang depan,seekor lori balak menuju ke arah aku dengan penuh ghairah sekali.aku dapat rasakan nafsu kelajuan pada lori itu.aku tak dapat elak lagi.tetiba lori tu belok ke tepi dan pulak melanggar sebuah makcik tua dan cucunya.lori itu melenyek kuku cucunya,lalu makcik tu naik minyak dan mengejar pemandu lori tu.lori itu juga turut memusnahkan perkampungan lipan di tepi jalan itu.berbalik pula ke makcik tu semula,dgn penuh kerakusan minda yg dikuasai rasa kejijikan pasrahan emosi.,makcik itu akhirnya berjaya menangkap pemandu lori tu dan mengikatnya di dalam longkang.air yang mengalir terus memasuki hidung pemandu dan sampai ke serebrumnya.makcik tua itu kemudiannya ditahan polis dan dijatuhi hukuman penjara 3 hari dan hukuman rotan pusat 2 kali setiap hari lepas makan dan didenda rm12.80 kerana menyebabkan huru hara.melihat kejadian...

aku berdiam diri dan pulang ke ruamh. dalam kekalutan itu, aku berhenti sebentar di gerai ramli sirap untuk menikmati cendol ayam perasa kambeng.dah habis makan je aku pulang terus ke rumah seperti biasa.kebiasaan sikapku itu mula dicurigai oleh sekumpulan pesawah padi yang menganggotai pasukan gerila nanas yg memberontak akibat penanaman nanas beramai ramai di sebuah kawasan pelupusan mayat secara sulit.aku ditahan dan dikurung dalam reban ayam selama 7 hari tanpa makan saja tapi aku diberi minum capuccino dan horlicks untuk menambah tenaga supaya aku dapat menjawab soalan mereka dgn baik.akhirnya tiba hari persoalan,aku dibicarakan dgn liar sekali,pusat dan tangan aku digari supaya tak dapat memberontak.

8 jam berlangsung,aku dpt menjawab semua soalan dgn baik sekali.mereka juga menganugerahkan aku sekeping sijil dan wang tunai rm500..aku pun dilepaskan dan terus pulang ke rumah.aku meneruskan hidup dgn menternak dan mengeksport lipan ke jepun,taiwan dan uganda.hidup aku bahagia dan sentosa hinggalah tak beranak cucu sebab aku tak kawin.

Precious Moment's


Woah , aku suka buli bdk sebelah ni..haharimau
Amoi mane la yg kt tgh tu , sepet tol! haha

Bersama bos tercinta , Encik Kapt Ku Mhd Nasirrudin..haha


yeah..together gether , gathering as a family..haha , di Old Town White Coffee (x putih plak coffee dia..heh) except my sis..dia fly away , borak2 dan ber auta bersama keluarga tercinta..mmg best , gelak kuat2 , minum laju2 (haiz..pelik je) , mkn laju2 , duit kluar pn laju2..heh , i'm so grafetul to have a great family:)



Mandi Manda Time

Naza , Saddam & aku

Berkungfu dlm air , cis! heh

Terpaksa dukung bdk izzat ni , kang tenggelam plak beliau , haha


Yeah , mandi time..bersama anak2 buah ku , wahaha..seronok buli bdk kecik seblah aku , izzat..kasik dia tenggelam , haha..berbekal kn rm1 , kitaorg bermandi manda di jeram..x jauh mane pn , agak2 dari umah aku mengesot..kira2 2jam sampai la , cis..saddam abis mndi cpt , sbb dia dh beku..sesesejuk dia ckp! haha , masa kitaorg pegi ni..pg kejadian tanah runtuh dekat bukit antarabangsa , phew..luckily , x de ape2



Friday, December 12, 2008

My Life Is Precious



Terima kasih kerana menghadirkan diri ke blog aku yg x seberapa mewah ni , wild wild west..cam pernah dgr je ayat tu kt tv , cis..so , biar aku cite serba sedikit pasal aku..mane la tau tiba2 kluar soalan sejarah tnya pasal TebuWan , senang la kn..aku ni simple , ordinary man..heh , tinggal dkt area2 ulu klang , tp x la bpe ulu sgt..working , seorang yg handsome..macho , tampan , bergaya (cis! sape yg taip puji2 aku ni?!) guro je..x kn nk tunggu musim kemarau bru nk bergurau , actually..x de yg menarik pn nk cite pasal diri aku ni , aku harap2 sgt dpt jumpa duit 2 juta cam dlm cite jutawan fakir..wahahah , tu je mission hidup aku (ampeh tol) aku syg beliau , aku syg family aku , aku syg kwn2 aku , aku syg kucing aku , aku syg jiran2 aku , sape syg aku? ceh..x de sorang pn syg aku , haha..smpai sini je aku nk menaip , mata aku pn dh sepet2 ni menahan ngantuk..so , kalo ada sebarang pertanyaan..jgn malu2 contact balai raya berdekatan

Raya Haji

Gmbr ni..masa aku beraya haji di rumah naza bersama jeng jeng jeng..saje wat suspens , naza is one of my truly best friends..dh knal beliau 7 tahun , 7 tahun tu kalo nk kira ikut saat..cikgu2 add math pn x leh kira , so..aku mmg have fun ble dgn member , dpt lupakn masalah2 politik (eceh)..dpt lupakn masalah2 aku , aku mmg suka bergelak ketawa..walaupn aku suka tgk rancangan jangan ketawa ketika zaman 90-an , selalunya..lepas balik keje , aku suka relax2 , tgk tv..x pn tv tgk aku , benci btol..auw! haharimau , aku suka lyn mp4..rasa tenang walaupn dgr lagu do re mi , cehhh.


Soalan & Jawapan

SUBJEK : Sejarah

1. Siapakah ketua tentera Portugis yang menyerang Melaka pada tahun 1511?
A: Alfonso D' Albuquequer B: Albontot D' Abukaki
C: Al apobondo nih C: Al..Al..Alpa romeo

2. Apakah isi kandungan didalam perjanjian Pangkor?
A: Tidak buleh sekodeng anak dara mandi.
B: Isterimu, isteriku jua, isteriku.. isterikulah.
C: Semua awek dalam Pangkor adalah milik ketua kampung.
D: Semua orang boleh tempeleng ketua kampung.

3. Siapakah pegawai British di Sarawak?
A: James Brook B: James Beruk C: Jem Tat Nenas
D: James Bond Tot E: Khalid Jamlus

4. Kenapa Hang Jebat mengamuk?
A: Kerana mengetahui Hang Tuah mati dibunuh Soltan.
B: Aweknya dikebas datuk bendahara.
C: Kalah main takraw dengan anak buah Hang Kebun.
D: Terlalu meminati Bandi Amuk, sebab tu la mengamuk.

5. Siapakah nama isteri Parameswara?
A: Parameswari B: Parameswaja C: Pramugari
D: Pramugara terlampau


SUBJEK : Ekonomi Asas

1. Tiga perkara keperluan manusia, apakah keperluan itu?
A: makan, rumah dan pakaian.
B: makan, awek dan uwang.
C: bini, bini orang dan anak dara orang.
D: Rokok, korok dan korokmu.

2. Namakan sejenis sistem pertukaran barang.
A: Sistem Barter B: Sistem batu bata
C: Sistem kasut Bata D: Sistem Marjerin dan butter

3. Ketidakseimbangan wang akan berlakunya apa?
A: Nilai dolar lebih tinggi berbanding wang lain.
B: Nilai dollah akan jatuh kerana tak bekerja.
C: Nilai, Negeri Sembilan tiada pengunjung.
D: Nilai nilai murni diterapkan didalam PLKN.

4. Apakah ciri Sistem Kapitalis?
A: Duitmu duitku jua, duitku duit untuk biniku.
B: Semua orang perlu bersedekah ke masjid.
C: Makan dulu, baru bayar.
D: Selalu mengamalkan dasar pinjam wang bayar hutang.

5. Kumpulan manakah yang menguruskan kewangan pekerja?
A: Kumpulan Search B: Kumpulan KRU
C: Kumpulan Kekanak Spastik
D: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Cuci Motor Vs Berkhalwat !

10 Sebab kenapa cuci motor lagi bagus dari berkhalwat..

1. Cuci motor boleh dilakukan depan kawan2 tanpa rasa malu dan bersalah.



2. Masa tgh asyik gosok dada dan punggung motor x perlu tgk2 kiri kanan.



3. Motor x pandai merengek-rengek masa ia dibasahkan oleh air dan sabun.



4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, panjat kelapa atau tanam bangkai kucing tanpa ada sesiapa yg x puas hati.



5. x perlu pujuk2 dan berjanji akan bertanggungjawab sekiranya hendak mula mencuci motor.



6. Lepas cuci boleh naik dan henjut2 serta tunggang2 dlm sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.



7. x perlu bersusah payah cari tmpt tersembunyi, depan rumah atau di stesen minyak pun boleh. Tak ada siapa nak skodeng atau siar muka anda dlm surat khabar.



8. Nak pancut air sepuas-puasnya dlm atau luar enjin pun x siapa larang.



9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan2, ibu bapa dan saudara-mara. Majikan tak akan pecat anda.



10. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dgn senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor.

Pantun ultraman !

Pernah dengar pantul ultraman? kalo blom

check it out

:)




Pulau Hokkaido jauh ketengah

Gunung Fuji bercabang tiga

Hancur Raksaser dikandung tanah

Ultraman yg baik dikenang jua.



Dua tiga Raksaser berlari

Maner nak samer Raksaser Kero

Dua tiga Ultraman boleh kucari

Maner nak samer Ultraman Taro..



Kalau roboh Kota Narita

Papan di Tokyo Ultraman dirikan

Kalau sungguh itu keje Raksaser

Badan dan kepaler dier

Ultraman 'fire'kan



Kajang Ultraman kajang berlipat

Kajang Raksaser mengkuang layu

Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat

Ultraman Neos datang membantu.



Buai laju-laju

Sampai Pokok Sena

Apa dalam baju?

Lampu Ultraman nyaler.



Mengata dulang paku serpih

Mengata Raksaser Ultraman pulak

yang

lebih-lebih.



Sudah gaharu cendana pula

Sudahlah kalah di'fire' pula.



Orang berbudi kiter berbahaser

'Fire' diberi pada raksaser

23 Perkara yang dilarang ketika memandu.

sape baca dia...(to be continue)


1. Tidur dengan nyenyak.
2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.