Wednesday, June 29, 2011

Tuesday, June 28, 2011

Kissable

Aku rasa lipstick camni sangat nice, but freak at the same time haha.








Sunday, June 19, 2011

Logic ?



Pekida nak saman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana didakwa mendedahkan perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka. Antaranya, dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci serta kod rahsia pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

CLICK HERE FOR THE NEWS

Korang rasa macam mane?

1- Jika difikirkan secara logik, kalau Pekida sendiri tak highlightkan bahawa ada unsur-unsur Pekida dalam tu, masyarakat takkan tahu. Jadi apa guna publisiti ini? Nak bagitahu bahawa Pekida ada benda-benda tu semua?

2- Nak saman kerana malukan orang melayu bila tunjuk unsur pergaduhan? Kenapa? Sebab terkena hidung sendiri?

3- Lebih baik saman filem-filem yang mempunyai unsur tahyul dan kelucahan melampau. Sesuai dengan motto perjuangan, "Amar Ma'aruf Nahi Mungkar".

4- Rasanya, kongsi gelap cina lagi banyak benda kalau diorang nak bangkitkan soal kata kunci dan kod rahsia ni. Tapi, kenapa diorang tak melatah?

5- Pekida sekarang bukan lagi satu gerakan rahsia macam dulu. Budak-budak pun dah tahu pasal buah-buah ni. Ini kerana ada ahli pekida sendiri yang membuka rahsia tersebut.

6- Kat facebook pun banyak ahli-ahlinya yang terlalu taksub menjadikan logo Pekida sebagai default pic. Dan ada yang upload gambar 'buka buah'. Macam mana tu?

7- Masa bai'ah, janji dan sumpah macam-macam. Taknak buat maksiat, taknak dedahkan rahsia pada orang bukan ahli. Tapi tetap jugak langgar sumpah. Buat maksiat, buka buah merata-rata. Taksub!

8- Sticker Pekida megah melekat di kereta dan motosikal. Tapi, ada segelintir ahlinya yang buat maksiat dalam kereta, merempit bawak bohsia. Lepas tu, banyak kereta yang parking dekat kelab-kelab malam. Apakah?

9- Me'rekrut' ahli baru secara membabi buta sekadar mahu meramaikan ahli. Itu punca sebenar nama Pekida sudah buruk. Kerana wujudnya budak-budak hingusan yang terlalu taksub dan berlagak gangster kononnya kabel besar.

10- Pekida ni memang bagus untuk keselamatan dan permuafakatan orang melayu supaya bersatu. Tapi ahli-ahlinya dah salahguna kuasa untuk ambil kesempatan cari makan, gaduh tak tentu pasal. Tak hairanlah kalau Pekida dilabel Gangster Melayu.

Credit goes to : Syok Komunity

Thursday, June 16, 2011

Repetition Is Pengulangan



O-hai strangers, entry kali ni aku nak tulis mende yang aku benci. Boleh kira macam menyampah jugak la. Siapa yang tak setuju dengan entry ni tak payah baca, sebab tak semua manusia sama. Apa yang aku benci, mungkin korang suka, so no hard feelings okay. Korang mesti pernah tgk citer Hantu kak limah balik rumah kan? aku tak faham nape sampai sekarang orang still guna lawak or ayat movie tu yang dah berkurun. Contohnya "Ce cite ce cite" , "kita bako je" "soley soley haramjadahape" and so on. Okay kalau mula2 dengar ayat macam tu rasa kelakar la, tapi kalau dah sampai 7 bulan pun asyik dengar lawak tu. aku rasa sangat ANNONYING sebab aku ni tak suka mende yang ulang2. Kalau lagu best sehari dengar sampai 10 kali aku pun rasa nak mati je dengar, please cari lawak baru, get over with it okay? . IT'S NOT FUNNY ANYMORE :)

Tuesday, June 14, 2011

25 Sebab Kita Terhutang Budi dengan Ibu Kita

Ibu kita mengajar kita supaya MENGHARGAI PENAT LELAH.
"Kalau hampa nak bertumbuk berhambat, pi buat kat luaq. Aku baru lepas mengemas".

Ibu kita mengajar kita AGAMA.
"Doa banyak2 mintak pak hang tak tau..kalau dia tau, mampuih".

Ibu kita mengajar kita mengenai PERJALANAN MERENTASI MASA.
"Kalau hang tak siap kerja sekolah ni, minggu depan cikgu hang denda hang jangan nak panggil aku mai sekolah".

Ibu kita mengajar kita ILMU LOGIK.
"Sebab aku cakap macam tu la... cuba dengaq cakap orang tua".

Ibu kita mengajar kita ILMU LOGIK YANG LEBIH MENDALAM.
"Kalau hang jatuh buaian tu patah leheaq, hang jangan harap boleh ikut aku pi beli ikan lagi".

Ibu kita mengajar kita membuat RAMALAN.
"Bawak la payung mana nak tau satgi hujan".

Ibu kita mengajar kita tentang IRONI.
"Hang gheyau.. hang gheyau... satgi aku bagi hang lagi sakit, hang gheyau lah puas2".

Ibu kita mengajar kita tentang sains OSMOSIS.
"Berenti bercakap... makan tu tutup mulut'.

Ibu kita mengajar kita tentang KELENTURAN BADAN.
"Ya Allah, hang tengok kotoq kat belakang tengkuk hang tu! Budak ni la..."

Ibu kita mengajar kita mengenai STAMINA.
"Hang jangan nak pi mana2 selagi bayam ni tak habih...Makan sayuq sampai habih nanti boleh jadi kuat macam Popeye".

Ibu kita mengajar kita mengenai CUACA.
"Bilik hang ni dah macam baru lepas puting beliung lalu".

Ibu kita mengajar kita tentang GENETIK.
"Hang memang sebijik macam pak hang tu".

Ibu kita mengajar kita tentang IRI HATI.
"Cuba hang pikiaq berapa ramai lagi orang kat luaq yang mati kebuluq..tak macam hang hari2 cukup makan".

Ibu kita mengajar kita tentang erti KESABARAN.
"Hang tunggu la satgi sampai rumah.. aku tubi hang cukup2".

Ibu kita mengajar kita tentang PENERIMAAN.
"Hang tunggu la satgi, aku baaaaagi hang..hang nak sangat kan.. hang tunggu satgi aku bagi".

Ibu kita mengajar kita tentang SAINS PERUBATAN.
"Buat la mata juling tu..satgi mata tu melekat, juling sampai bila2".

Ibu kita mengajar kita tentang erti KEDEWASAAN.
"Macam mana hang nak besaq kalau hang tak makan sayuq... hang kalau nak besaq, kena la makan makanan berkhasiat".

Ibu kita mengajar kita tentang ASAL USUL KEJADIAN kita.
"Hang nak jerit2 dalam rumah ni awat hang ingat hang ni anak yang dok bergayut kat atas pokok tu ka?"

Ibu kita mengajar kita erti KETAKUTAN.
"Polissss.... amik dia ni..dia dok gheyau dari tadi... amik dia bawak masuk lokap".

Ibu kita mengajar kita cara MEMBUAT UGUTAN.
"Sudah..! Jangan nak berkelahi lagi! Aku lari dari rumah satgi kot!"

Ibu kita mengajar kita menjadi BERTANGGUNGJAWAB.
"Hang pi kedai sat tolong beli...".

Ibu kita mengajar kita menjadi USAHAWAN.
"Sapa nak cabut uban mama... satu uban aku bagi upah sekupang".

Ibu kita mengajar kita tentang REFLEKSOGI dan PERJALANAN DARAH.
"Haa... urut tang situ... angin jahat banyak kat situ.. blurpppp".

Ibu kita mengajar kita tentang SIMPATI.
"Kesian la kat mama. Mama baru ja nak duduk ni... adik nak air milo suruh abang buat sat".

Ibu kita mengajar kita erti KEADILAN.
"Tunggu la besaq nanti hang ada anak. Aku harap sangat depa ikut perangai hang biaq padan muka hang baru tau susah nak jaga ke tak".

Credit goes to : Intan Nur Anum 

Monday, June 13, 2011

Chef Tebu on the move

Hari ni aku nak bagi resipi :

“TEMPOYAK MASAK IKAN PATIN”..
(lain macam jer bunyinya?)

“MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN”..
(macam ok..)

“IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK”..
(betul kot nama masakan camni?)

“PATIN IKAN TEMPOYAK MASAK”..
(ni mamak India mana sesat pulak?)

“MASAK MEMASAK SI IKAN PATIN BERTOMPAYAK”
(ko jangan main main..)

“DATIN TEMPOYAK IKAN PATIN”..
(ka jangan… karang!!!)

“MEMASAK AKAN AKHIRNYA JADI TEMPOYAK IKAN PATIN ITU”..
(oi oi!!)

Arghh!!, lantaklah apa nama korang nak taruk pada resipi yang halal dan bermutu tinggi ini, kita terus pergi kepada bahan bahan untuk memasak..

Check barang kat dapor, sekali minyak masak takde daa? Nak kena pergi kedai dulu la adoiyaii

Pendek cerita.. aku beli barangan berikut..
IKAN PATIN
Ikan patin sangkar 5 kg, satu kilo RM 8, boleh beli kat pasar tani umah korang, kalo korang takde pasar tani, pasar malam pn boleh, kalau ada la.. 10 hingga 15 juta orang boleh makan..

Kalau korang banyak duit dan nak lagi best, boleh beli patin liar.., kalau banyak lagi duit, dan sudah bayar zakat dan tolak LHDN, maka korang boleh beli ikan flowerhorn.. rasa nak sedut jer dahi ikan tu!

TEMPOYAK
Ini antara yang terpenting.., Tempoyak dalam RM 5 cuku, kalau takde tempoyak, korang giveup je la

KUNYIT
Kunyit hidup satu buku, pakai kunyit serbuk tak best, tak kick, tak umphhhhhai

BAWANG
79 biji bawang besar.. bawang putih atau bawang merah boleh juga, boleh blahh!! Ikut original resipi, bawang BESAR!!!

LADA
10 ulas cili padi cukup kot, terpulang.., kalau nak pedas boleh letak 1 kilang cili padi kat dalam tempoyak ni

DAUN KESUM
Siapa tak kenal daum kesum? Tanyalah kat mak cik kalsom atau Watson Nyambek (tak lawak)
Daun kesum 50 sen kira Ok lah.. untuk 5 kg ikan patin..

DAUN KUNYIT..
3 helai daun kunyit adalah sesuai dengan ikat patin 5 kg, sekiranya sebuah balairaya milik sekolah agama rakyat ingin memasak tempoyak ikan patin untuk mansa banjir sebanyak 86 kg, berapakah jumlah daun kunyit yang perlu di gunakan untuk menyempurnakan masakan tersebut?
(jawab.. jangan tak jawab)

---------

CARA MEMASAK..

Cis!! Susah payah aku pujuk kedai runcit sebelah rumah aku supaya jual minyak masak yang telah di sorok sekian lama, rupa-rupanya untuk masak resipi ini, tak perlu sedikitpun minyak masak walaupun setitik hama.. huh!

Ha ha ha, sorok lagi minyak masak, hari hari aku makan masak tempoyak ikan masin.., tak payah pakai minyak pun, ha ha ha! (ikan masin?)

Ok, cara menyediakan hidangan adalah begini:-

Mula2 potong ikan patin kepada 3 bahagian dan basuh dengan air limau untuk buang hanyir dan lendir, eh lupa pulak suruh korang beli limau nipis..? , kepada mereka yang tak pandai nak basuh dengan air limau, korang boleh perah limau nipis ke badan ikan patin dan asapkan pulak dengan asap kemenyan macam hang tuah asapkan keris tamingsari dia..

Okay sementara tunggu ikan patin dalam air limau nipis itu timbul dengan perut kembong atau terhidrat kehayirannya, maka korang boleh mulai menumbuk bawang besar dan kunyit hidup. kalau korang rasa korang kuat. tumbuk la guna penumbuk korang ke, buku lima ke, knuckle ke, bahkan nak tumbuk guna tangan member pn boleh je

Kemudian, masukkan bawang berderai dan kunyit hancur itu ke dalam periuk dan masukkan air sebanyak 5 tempurung kelapa, lepas tu masukkan pula tempoyak, kacau sikit, masukkan jugak lada tumbuk.., seminit kemuidian masukkan ikan patin, biarkan ikan patin itu tenggelam dalam paras air yang di masak.. air boleh di tambah lagi mengikut hal ehwal semasa, sunnah masak lebihkan kuah.., lepas tu masukkan daum kesum dan daun kunyit, potong halus halus, taklah halus sangat, agak-agaklah..halus macam kepala botak harith iskandar dah dikira okay

Dan Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa, boleh jugak taruk bunga kantan, bunga kertas, bunga orked, bunga raya, bunga2 cinta misha omar pn boleh, bila air dah mendidih, boleh alih tong gas..lagi 1 tolong alihkan pandangan awek cun yg tgh lalu kt tepi tingkap tu, mentang2 la body best. ciss

Nampaknya semua dah siap, bolehlah korang melantak ajak jiran2. jangan lupa lepas diaorg makan mintak la duit sikit. ingat makan free je? masuk tandas pn kene bayar, makan nak free? sedangkan lidah lagi tergigit, apatah suami isteri. ape aku mengarut ni.

Idea : Hamka

Sunday, June 12, 2011

Little trick for everyone

Okay sekarang ni pukul 8 pagi, yet still aku tak tido lagi sebab tengah enjoy every moment of my semester break hehe. Nak tau Laptop/PC korang tu laki or perempuan? I got something for you.

1) Bukak notepad korang yang dah bersarang tu.

2) Paste coding ni : CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"Hello handsome owner"

3) Tutup notepad korang pastu save as .vbs (contoh testing.vbs) *jangan lupa save as all files

4) Max your Laptop/PC volume and double click the file, nanti dengar la suara Laptop/PC korang bercakap

P/S : Jangan takut nak try ni, sumpah mende ni takde keluar hantu2 or suara menjerit bagi korang terkejut. Aku pun pernah terkena and I SWEAR I DIDN'T LIKE IT 




Bieber Fever My ASS

I just found this video clip, i thought SHE is JB lol. By the way, she is way better than justin. Gotta love the sense of humor haha :)


Saturday, June 11, 2011

Youtube noob



Ada suatu hari yang bosan tu. aku bukak tv sambil tidur makan, pastu astro cacat sbb takde rancangan menarik. So aku pun tekan2 la remote tengok cite ape yang seronok untuk tantapan minda, pastu terbukak NTV7. ada la cerita Spanar Jaya, macam best ! sebab dulu aku suka layan haha. tapi dapat tengok 5 minit je, bila dh abis keluar la lagu spanar jaya. aku rasa video klip tu macam menarik, sebab ada Ahmad Idham time muda ngan wardina tak pakai tudung HAHA, lagu dia pun best. aku terus bukak youtube nak cari video clip diaorg menyanyi2 kat dalam bengkel tu. tapi TIADA. F**K sungguh. sape ada video tu? aku sanggup beli haha

Thursday, June 9, 2011

My Milk Toof

Ada satu hari tu aku blogwalking, then aku jumpa satu blog yang awesome. This is NOT an ordinary blog. blog ni bukan cerita pasal diri sendiri or others. Author ni buat 2 karakter sebagai jalan cerita, simply awesome dan comel. Argh aku mengaku mende ni comel haha. Okay let's take a look.


"Whoah Lardee, Look at how much you ate!"
 "Unacceptable."
 "We need to get you in shape."
"This is the general idea."
"Ready!"
"Run!"
 "Climb!"
 "Lift!"
 "Twirl!"
 "Flex!"
 " And PULLLLL!!"

"Good job, Lardee- You did it! Let's celebrate."
"Nooooo!!!!"

Credit goes to : Inhae Renee Lee





 

Wednesday, June 8, 2011

Tahi suci

Aku benci betul gambar2 tak bertauliah hina2 another religion camni. haktuih !!




Monday, June 6, 2011

Come get some


Aku nak ! Tolong beli sebagai hadiah besday aku, size ikut suka BESAR okay.

Awwwwww


This is just wayyyyyyy too cute !

For Gamers by Gamers


Well, this is Razer. Aku geram dengan product2 razer yang hotstuff ni since aku jalan2 kt lowyatt haritu and jumpa banyak mende alah ni, I Wanna be a millionaires, so I can buy all this crazy gaming stuff here.
Razer Produce mouse, keyboard, headphone dan macam2 lagi, the price? fuck no aku tak mampu haha. Let's just take a look at this creature lol. I wish I had complete set of Razer in my BRIGHT future.



Friday, June 3, 2011

It's all about money


Cuti sem ni aku menjadi lebih bankrap tatkala aku ketagihan main pool. Tiap2 malam main pool oi, sian wallet aku. Tapi nak buat camne, aku kene puaskan nafsu kuda padi nak main pool ni. Ape2 pun cuti sem ni sungguh TAK bosan. ada je aktiviti yang dilakukan. tak macam cuti sem lepas, haktuihh!