Monday, June 13, 2011

Chef Tebu on the move

Hari ni aku nak bagi resipi :

“TEMPOYAK MASAK IKAN PATIN”..
(lain macam jer bunyinya?)

“MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN”..
(macam ok..)

“IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK”..
(betul kot nama masakan camni?)

“PATIN IKAN TEMPOYAK MASAK”..
(ni mamak India mana sesat pulak?)

“MASAK MEMASAK SI IKAN PATIN BERTOMPAYAK”
(ko jangan main main..)

“DATIN TEMPOYAK IKAN PATIN”..
(ka jangan… karang!!!)

“MEMASAK AKAN AKHIRNYA JADI TEMPOYAK IKAN PATIN ITU”..
(oi oi!!)

Arghh!!, lantaklah apa nama korang nak taruk pada resipi yang halal dan bermutu tinggi ini, kita terus pergi kepada bahan bahan untuk memasak..

Check barang kat dapor, sekali minyak masak takde daa? Nak kena pergi kedai dulu la adoiyaii

Pendek cerita.. aku beli barangan berikut..
IKAN PATIN
Ikan patin sangkar 5 kg, satu kilo RM 8, boleh beli kat pasar tani umah korang, kalo korang takde pasar tani, pasar malam pn boleh, kalau ada la.. 10 hingga 15 juta orang boleh makan..

Kalau korang banyak duit dan nak lagi best, boleh beli patin liar.., kalau banyak lagi duit, dan sudah bayar zakat dan tolak LHDN, maka korang boleh beli ikan flowerhorn.. rasa nak sedut jer dahi ikan tu!

TEMPOYAK
Ini antara yang terpenting.., Tempoyak dalam RM 5 cuku, kalau takde tempoyak, korang giveup je la

KUNYIT
Kunyit hidup satu buku, pakai kunyit serbuk tak best, tak kick, tak umphhhhhai

BAWANG
79 biji bawang besar.. bawang putih atau bawang merah boleh juga, boleh blahh!! Ikut original resipi, bawang BESAR!!!

LADA
10 ulas cili padi cukup kot, terpulang.., kalau nak pedas boleh letak 1 kilang cili padi kat dalam tempoyak ni

DAUN KESUM
Siapa tak kenal daum kesum? Tanyalah kat mak cik kalsom atau Watson Nyambek (tak lawak)
Daun kesum 50 sen kira Ok lah.. untuk 5 kg ikan patin..

DAUN KUNYIT..
3 helai daun kunyit adalah sesuai dengan ikat patin 5 kg, sekiranya sebuah balairaya milik sekolah agama rakyat ingin memasak tempoyak ikan patin untuk mansa banjir sebanyak 86 kg, berapakah jumlah daun kunyit yang perlu di gunakan untuk menyempurnakan masakan tersebut?
(jawab.. jangan tak jawab)

---------

CARA MEMASAK..

Cis!! Susah payah aku pujuk kedai runcit sebelah rumah aku supaya jual minyak masak yang telah di sorok sekian lama, rupa-rupanya untuk masak resipi ini, tak perlu sedikitpun minyak masak walaupun setitik hama.. huh!

Ha ha ha, sorok lagi minyak masak, hari hari aku makan masak tempoyak ikan masin.., tak payah pakai minyak pun, ha ha ha! (ikan masin?)

Ok, cara menyediakan hidangan adalah begini:-

Mula2 potong ikan patin kepada 3 bahagian dan basuh dengan air limau untuk buang hanyir dan lendir, eh lupa pulak suruh korang beli limau nipis..? , kepada mereka yang tak pandai nak basuh dengan air limau, korang boleh perah limau nipis ke badan ikan patin dan asapkan pulak dengan asap kemenyan macam hang tuah asapkan keris tamingsari dia..

Okay sementara tunggu ikan patin dalam air limau nipis itu timbul dengan perut kembong atau terhidrat kehayirannya, maka korang boleh mulai menumbuk bawang besar dan kunyit hidup. kalau korang rasa korang kuat. tumbuk la guna penumbuk korang ke, buku lima ke, knuckle ke, bahkan nak tumbuk guna tangan member pn boleh je

Kemudian, masukkan bawang berderai dan kunyit hancur itu ke dalam periuk dan masukkan air sebanyak 5 tempurung kelapa, lepas tu masukkan pula tempoyak, kacau sikit, masukkan jugak lada tumbuk.., seminit kemuidian masukkan ikan patin, biarkan ikan patin itu tenggelam dalam paras air yang di masak.. air boleh di tambah lagi mengikut hal ehwal semasa, sunnah masak lebihkan kuah.., lepas tu masukkan daum kesum dan daun kunyit, potong halus halus, taklah halus sangat, agak-agaklah..halus macam kepala botak harith iskandar dah dikira okay

Dan Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa, boleh jugak taruk bunga kantan, bunga kertas, bunga orked, bunga raya, bunga2 cinta misha omar pn boleh, bila air dah mendidih, boleh alih tong gas..lagi 1 tolong alihkan pandangan awek cun yg tgh lalu kt tepi tingkap tu, mentang2 la body best. ciss

Nampaknya semua dah siap, bolehlah korang melantak ajak jiran2. jangan lupa lepas diaorg makan mintak la duit sikit. ingat makan free je? masuk tandas pn kene bayar, makan nak free? sedangkan lidah lagi tergigit, apatah suami isteri. ape aku mengarut ni.

Idea : Hamka

2 comments:

AL AZRUL said...

trima kasih resepi...
nnti bleh la cuba2 masak...
almaklumlah org bujang...haha

TebuWan said...

haha sila la, jangan malu2