Sunday, June 19, 2011

Logic ?



Pekida nak saman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana didakwa mendedahkan perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka. Antaranya, dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci serta kod rahsia pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

CLICK HERE FOR THE NEWS

Korang rasa macam mane?

1- Jika difikirkan secara logik, kalau Pekida sendiri tak highlightkan bahawa ada unsur-unsur Pekida dalam tu, masyarakat takkan tahu. Jadi apa guna publisiti ini? Nak bagitahu bahawa Pekida ada benda-benda tu semua?

2- Nak saman kerana malukan orang melayu bila tunjuk unsur pergaduhan? Kenapa? Sebab terkena hidung sendiri?

3- Lebih baik saman filem-filem yang mempunyai unsur tahyul dan kelucahan melampau. Sesuai dengan motto perjuangan, "Amar Ma'aruf Nahi Mungkar".

4- Rasanya, kongsi gelap cina lagi banyak benda kalau diorang nak bangkitkan soal kata kunci dan kod rahsia ni. Tapi, kenapa diorang tak melatah?

5- Pekida sekarang bukan lagi satu gerakan rahsia macam dulu. Budak-budak pun dah tahu pasal buah-buah ni. Ini kerana ada ahli pekida sendiri yang membuka rahsia tersebut.

6- Kat facebook pun banyak ahli-ahlinya yang terlalu taksub menjadikan logo Pekida sebagai default pic. Dan ada yang upload gambar 'buka buah'. Macam mana tu?

7- Masa bai'ah, janji dan sumpah macam-macam. Taknak buat maksiat, taknak dedahkan rahsia pada orang bukan ahli. Tapi tetap jugak langgar sumpah. Buat maksiat, buka buah merata-rata. Taksub!

8- Sticker Pekida megah melekat di kereta dan motosikal. Tapi, ada segelintir ahlinya yang buat maksiat dalam kereta, merempit bawak bohsia. Lepas tu, banyak kereta yang parking dekat kelab-kelab malam. Apakah?

9- Me'rekrut' ahli baru secara membabi buta sekadar mahu meramaikan ahli. Itu punca sebenar nama Pekida sudah buruk. Kerana wujudnya budak-budak hingusan yang terlalu taksub dan berlagak gangster kononnya kabel besar.

10- Pekida ni memang bagus untuk keselamatan dan permuafakatan orang melayu supaya bersatu. Tapi ahli-ahlinya dah salahguna kuasa untuk ambil kesempatan cari makan, gaduh tak tentu pasal. Tak hairanlah kalau Pekida dilabel Gangster Melayu.

Credit goes to : Syok Komunity

3 comments:

hamzah ian said...

dah mmg sah itu pekida.. haha

Aween Ashlee said...

dh kena batang idong sndri...nk kover le tue...hehhe.tp aaroan terbaik an.hahah

TebuWan said...

@hamzah : itu la pasal
@awinfaizny : mungkin jgk haha